17 October 2017

What Anxiety Has Done To Me..

Hi everyone.. everybody.. oppa omma babuji.. unnie.. tomodachi to kanojo..
Assalamualaikum semua.

Photo courtesy by Carolyn Rogers
Anxiety disorder.. heard before? or seen anywhere? Yeah, aku selalu nampak perkataan 'anxiety' ni bila aku 'Google' tentang ubat. This medicine may cause drowsiness, anxiety.. aku tak pernah fikir atau tahu apakah itu anxiety, sampailah satu hari tu aku kena anxiety attack, or panic attack aku pun tak pasti. Nak aku cerita first time aku kena panic attack? Ok nanti aku cerita. Topik kali ini aku nak cerita tentang apa yang anxiety ni dah buat terhadap hidup aku.

1. Hidup berubah 360°. Dari seorang yang berani menjadi seorang penakut. Seorang yang kental menjadi seorang yang lemah. Walaupun aku cuba melawan, tetap tak berjaya sebab yang take over diri kau bukan lagi kau, tapi minda kau yang negatif.

2. From taken jadi single. Walaupun nampak macam sedih kan, aku bersyukur sebenarnya. Alhamdulillah dia pilih untuk pergi tinggalkan aku, at least beban aku ringan sikit dan tenang no stress..... tapi..

3. Sampai sekarang masih single. No girlfriend, no scandal, and no wife la of course. Bukan takde nafsu, atau terlalu memilih.. hmm macam ganas bunyi, tapi.. aku takut pasangan aku takkan bahagia. Hidup aku sangat terhad. Limited. Mood aku tak tentu. Kejap ok kejap tak. Hari ni happy relax tapi esok sial gila la aku cakap. hahaha.

4. Kurang drive. Dulu aku sanggup drive dari Sg. Buloh ke Seremban sebab nak jumpa awek. Tak kisah la ngantuk ke tak ngantuk ke aku berani je drive. Kadang-kadang balik ke JB lepas kerja terus shoot naik kereta. Kalau mengantuk kita drive la laju-laju ke main high beam ke cucuk cucuk ke heheh hilang mengantuk. Aku pernah sekali tu memang rasa mengantuk gila baru lepas rafting, aku hantar member balik kat Sunway, pastu aku pergi Damansara ajak awek dating.. memang tengah ngantuk gila tu tapi aku bantai je.. kuat la katakan.. Tapi sekarang, kalau aku nak drive aku akan tengok mood. Alhamdulillah masih mampu untuk pergi ke tempat kerja. Huhu. Aku drive pun cuma kawasan yang dekat-dekat je. Kalau perlu sangat aku akan pergi, kalau tak memang malas ah. Hahaha.

5. Cuba untuk mendekatkan diri kepada Allah dan agama. Ini the positive thing la.. sebab bila kena anxiety ni, kau rasa yang kau akan mati, something is wrong with yourself. Masa first time aku kena panic attack pun aku ingat aku akan mati.. dalam hati aku, "Ya Allah, ini ke pengakhirannya?" sambil tunggu untuk pengsan tapi tak pengsan pun.. hehehe.

6. Terlalu sensitif. Ya, aku sangat sensitif. Asal rasa tak sihat je jumpa doktor. Sakit sana sakit sini. Sakit dada la, pening kepala la.. Tapi bila buat pemeriksaan semuanya OK. Tapi kau rasa diri kau tak ok, dan kau akan selalu pergi klinik. Nasib baik la klinik kesihatan dekat je, boleh laa lepas kerja aku singgah kejap kalau betul-betul rasa down.

7. Sunyi. Yes, exactly. Bila kau ada penyakit ni, semuanya terhad. Nak keluar pun ikut mood. Nak cari girlfriend pun malas. Rasa nak kawen tu ada, tapi kadang-kadang aku fikir siapa je yang sanggup tahan hidup dengan aku? hahaha. Aku kejap mood nak kawen ada kejap takde. Malas ahh.

8. Less active. Bukan apa, kadang-kadang nak jadi aktif tapi psikologi ni macam psiko tau. Apa masalah dia entah tak bagi nak aktif. Aku ikut mood minda aku la, kalau dia ok, satu kilang aku boleh pusing. Tapi sekarang aku banyak relax, rehat, malas, takde mood. So berat pun naik. hahaha

9. Kurang hensem. So bila da berat naik ni, aku pun jadi laa makin tak hensem. huhuhu. Susah weh, perut aku ni da la senang berangin, tak makan kang mula la buat hal. Makan sikit tak boleh, makan banyak pun tak boleh. Ahhh stress!

10. Mengenali diri. Aku semakin lama semakin kenal diri aku. Semakin sayang. Aku dah tak boleh paksa diri aku macam dulu. Aku kena tau limit aku. Tak boleh nak terlalu pussy. Sorry pushy. Kena tau apa yang aku boleh makan, tak boleh makan.. tapi aku bedal je semua.. huhuhu.

Ok la, itu saja topik untuk hari ini. Kalau nak cerita, memang banyak. Hmm next appointment aku dengan doktor pun entah bila aku da lupa. Hahaha.

So guys, readers, doakan aku akan kembali sihat seperti biasa. Aku pun rasa makin lama aku makin OK, makin sihat.. semoga akan sihat 100%.

Next aku akan cerita tentang pengalaman pertama aku kena anxiety ni. Memang binawei. Okbai!

03 October 2017

Life as an Engineer

Hello there!

It has been a really long time ago since I wrote some story (or something long) in English. Except in email, I always write in English and I always see a lot of grammar error by others. For me, grammar is very important especially if you are a professional. You've gone many English classes, MUET, IELTS  etc but..... hmm some people don't care right? I care, but I don't give a shit about others.


English is a language, as a medium to connect people. Eh kenapa tiba-tiba cakap pasal bahasa ni.

Okay we get back to the topic. My life as an engineer? Yes currently I'm enjoying it. It is my childhood dream and school-hood dream (is there school-hood term?) to design and create things. Yes now I'm in the right track and right industry and right company. That's my job to design and develop the prototype and then sell it to the customers. Quality is our priority.

Now I've been working as a design engineer for 3.5 years and throughout the working period I have experienced a lot of things. LEARN FROM EXPERIENCE.

Manufacturing process, assembly process, serviceability, what our mid customer want, what our end customer want, what our company needs in order to survive and lead the market, how to handle people, how to manage your work, how to manage your time, how to prioritize your task and a lot more.

Okay what else do I need to tell ek? hmm no idea. I haven't blogging since June, and now rarely write any post due to 'business'. Ok now I realize something. I tried to write 'kesibukan' as 'busyness', and end up with business. Hahaha. So business means busyness right? Now I get it.

My goal is, I want to do the best for the company. Design new things, come up with new ideas and submit a lot of patents. Wish me luck. I haven't found any patent yet.

Sorry for my broken English. Eigo wa muzukashi desu =P

How about my life?

Sometimes I wake up at 0500, spend few minutes to really wake up, and then go for jogging on treadmills, have some exercise, cool down at 0600, have a shower at 0630 and go to work at 0715.

Sometimes I wake up at 0630 and go to work at 0730. Haha. Ngam ngam sampai office 0759. My office hour starts at 0800 to 1730.

So sharp at 1730, I will stand up from my work space, take my bag, thumb out (we use thumbprint) and bye bye. Arrive at Tasik Biru (I live there) at 1800, buy some food for dinner and arrive home at 1830.

Then my wife welcomes me.... OK not yet, its just a too good to be true situation. I sit in front of my TV, browse any interesting channel (I subscribe full package ASTRO and it is still a f##king boring service provider) and enjoy my dinner.

I will watch TV until I fall asleep, usually at 2200 or 2359 or anytime. I just love to fall asleep instead of getting to sleep. So that's my life. No girlfriend, no wife, no social. About social, it depends on the mood and situation. hahaha. Even there is no incoming message in my Whatsapp. So pity right?

The NOW me is so different than the OLD me. Very different. I will tell in another story later (don't know when).

Life is a progress. Learning is a process. Throughout life, you will learn a lot of things.

Yeah yeah. I'm 26 now, still no girlfriend. Entah bila nak kahwin. Orang tak laku dan tak hensem memang macam ni =P

30 June 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H | 2017

Assalamualaikum semua,

Lama dah tak update kat sini. hihu. Hari ni hari raya yang ke-6, rasanya masih boleh untuk mengucapkan selamat hari raya. Hihi. #rayakansebulan Kepada semua rakan-rakan, saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Tak semestinya waktu raya je kena minta maaf. hehe.

BTW, cuti dah nak habis bro.



14 February 2017

Kerja Kilang, Apa Pandangan Korang?

Hi!

Kerja kilang, apa pandangan korang?


Waktu aku belajar dekat UTM dulu, tak pernah terlintas langsung kat dalam otak aku untuk kerja kilang. Tapi di mana aku sekarang? Aku kerja di kilang, dan sangat menyeronokkan. Hewhewhew.

Kerja pertama aku adalah sebagai seorang konsultan DOSH. Konsultan, sebagai kerja pertama bagi aku adalah membosankan. Mana taknya, kena buat dokumen, buat report, kena followup dengan DOSH, tiap pagi kena call DOSH. Bosan ooo bosan. Tapi kadang-kadang ada juga pergi site, tu memang tak bosan sebab dapat tengok benda baru. Kerja memang duduk office. Pakai smart-smart. Pergi mana-mana pun tak kesah. Dulu lepas balik kerja selalu dating.. ok la cerita pasal first job ni buat post lain lah. Aku nak cerita pasal kerja kilang.

Satu hari, aku decide untuk berhenti kerja consultant tu. Dipendekkan cerita, aku dapat tawaran kerja di sebuah syarikat terkemuka. Syarikat no.1 kat dunia. Syarikat apa? Rahsia.. kat Malaysia pun popular jugak. Kat hiway atau mana-mana mesti berlambak iklan aircond ;P

Ok, aku bukan nak cerita pasal ni. Aku nak cerita pasal pekerjaan di kilang. Masa aku dapat tawaran kerja ni, aku tengok website dia. Aku cuba faham, syarikat apa ni? Aku nampak gambar orang pakai uniform berwarna biru. I was like, "emm really?". Betul ke aku nak kerja kilang? Kilang apa pun aku taktau sebenarnya waktu tu.

Aku dapat tawaran kerja R&D. So since aku minat merekacipta, buat benda baru, aku pun accept laa offer tersebut. Pergi interview dua kali. Dan akhirnya aku pun masuk laa kerja dalam kilang ni.

Kerja kilang teruk? Kerja kilang nampak macam selekeh? Kerja kilang tak masyuk? Haaa korang silap. Mungkin itulah pandangan budak-budak baru nak kenal dunia macam aku dulu. Ada orang tak kesah, asal dapat duit. Ada orang nak kerja kat tempat yang terkenal. Aku dulu seriously taktau kilang tu buat apa. Brand tu pun aku tak pernah dengar. Hahahaha.

Jadi sekarang aku dah tiga tahun berkerja kat sini. Best? Alhamdulillah, best dan seronok. Fit dengan kemahuan aku. Dari kecil aku suka reka-cipta. Design benda. Buat benda. Tapi aku tak pernah dapat peluang untuk merekacipta. Sekarang kemahuan aku tercapai. Kelakar kan? Hahaha,
#iklanbukutengahkecoh

Gambar sekadar hiasan gempak
Makan kat kilang murah. Kawan-kawan pun best. Awek? emm susah nak jumpa gadis-gadis sini. Kalau ada yang aku suka pun dah kawen, atau dah berpunya. Hampehh. Takpe lah biar aku membujang.

Melampau laa kalau kilang ada chicken chop ni ;P
So... kerja kilang, apa pandangan korang? Aku bahagia dekat kilang sekarang ni. xD


13 January 2017

Review Bluetooth Keyboard Logitech K380

Halloooooo..

Kali ini aku nak review sikit tentang bluetooh keyboard jenama Logitech K380. First of all, kenapa aku beli keyboard ni? Haaa, currently aku guna iPad, dan iPad ni boleh kata aku usung setiap masa. Ipad ni canggih, tapi takkan nak buat entertainment je kan? So aku pernah rasa nak jual iPad ni dan nak beli Surface, but Surface agak mahal. Aku perlukan something light, but powerful. For entertainment dan juga work. Agak-agak kau nak menaip panjang-panjang guna touchscreen seronok tak? I don't think so. Rasa macam nak jual iPad dan beli laptop, tapi laptop yang aku nak beli agak mahal. Aku nak cari ultrabook yang murah-murah je, tapi tak jumpa. Hahaha.

Aku pun Google laa tengok iPad ni ada case with keyboard tak.. ada jumpa. Then aku pun google la wireless keyboard yang sesuai untuk iPad.. then I found Logitech brand. Ini cerita dua bulan lepas la. Aku mencari je tapi takde niat nak beli pun. Hihi.

Then hari ni aku pergi Jusco. Ingat nak beli HDMI cable je, tapi aku terjumpa keyboard Logitech ni.. haa apa lagi.. teruslah nafsu serakah aku timbul. Hahaha. Tapi aku tak beli kat Jusco, aku beli dekat Cytech. Harga baru RM135. Dekat Jusco harga RM160. Mahal gila.

Ok.. amacam best tak? Yeah best. Ipad aku ada words, excel, powerpoints, etc. Now iPad aku dilengkapi keyboard.. memang typing like a boss (..is typing.....)

So aku write this blogger post pun guna iPad dan keyboard yang aku baru beli. Rasa seronok type. Keyboard punya build pun agak solid, quite heavy you know. Aku pun taktau apasal berat sikit, tapi ok laa. Bila guna keyboard ni je iPad tu dah boleh treat as a laptop. I can do my job anywhere I want!

02 January 2017

Asal Usul Nama Syafiq K

Hai semua.

Dah lama tak update. Nak ikutkan banyak je benda boleh diceritakan, tapi aku sudah kehilangan skill menulis.. asik buat 3D je.. kihkih. Engineer kan, mestilah tough.

Kali ni, biarlah aku ceritakan mana aku dapat nickname SyafiqK ni. SyafiqK stands for Syafiq Kamaruddin. Kenapa tak panggil Syafiq je? Kenapa nak kena ada K dekat belakang tu?

Tahun 2006, aku masuk ke sekolah berasrama penuh dekat Johor. Waktu tu aku berada di tingkatan 4. Oleh kerana dalam kelas aku je dah ada banyak manusia bernama Syafiq, maka aku pun diberikan nama Syafiq K. Dalam kelas aku ada tiga orang Syafiq termasuk aku. Sorang nama dia Syafiq bin Mahadi. Orang panggil dia Syapong, sebab bila dia berlari dia seakan-akan terapung. Sorang lagi nama dia Syafiq bin Ramli, sebab dia gemok, orang panggil dia Syamok. Hehehehe. Macam-macam kan??

Time tu kalau korang nak tau tengah hangat isu Dato' K yang berkahwin dengan Siti Nurhaliza.. haa sebab Dato' K tu tengah trending, maka dorang pun panggil aku Syafiq K. Boleh laa, orang kata nama tu pun sedap jugak didengar dan disebut. Tapi nama tu cuma dipakai oleh kawan-kawan dekat SBP tu je la, dekat tempat lain orang panggil nickname lain.

Okay then, see ya later.

28 October 2016

Aku Ingin Bercinta

Hai!

Cinta cinta cinta. Semua orang mesti mempunyai cinta. Pernah bercinta, cinta bertepuk sebelah tangan. cia cia cia.


Cinta indah bila kita mencintai seseorang, dan cinta kita itu berbalas. Kan?

Kadang-kadang, cinta tak berbalas pun indah bila kita tengok orang yang kita cinta tu bahagia, gembira, senyum. Haptuihh menyampah pulak tulis. It is true anyway, and it's the reality.

Jadi sekarang ni, aku takde laa in relationship dengan sesiapa, tapi rasa nak bercinta tu ada. Kejap ada, kejap takde. Tapi aku tak ingin pulak nak mencari. hahaha. Senang cakap, aku dah tak kisah. Maybe aku dah penat, atau dah tawar hati. Ecewahh. Tapi bila tengok drama Korea hati boleh berbunga-bunga.. maknanya hati aku belum tawar sangat la. :P

Inilah realiti kehidupan seorang engineer bujang yang lonely dan sunyi.

Last time aku pergi Jepun pada Jun lalu, I was in love with their people, especially the girls. Kawai desu! Memang kat Jepun aku rasa macam aku sedang dilamun cinta, walaupun aku tak pasti aku bercinta dengan siapa. Fuhhhhh. Next time aku pi Jepun, aku dah target nak mengorat awek kat satu restoran ni. hahaha kalau dapat pergi lagi lah :P

Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde takpe. (bunyi pasrah) Lagipun duit aku dah habis buat beli rumah, so nak kawen dalam masa terdekat is quite impossible for me.

Hmm, harap-harap dapatlah bertemu seseorang, yang boleh terima aku seadanya. (muntah)

P/S - Patah hati? Baru lepas break up? Jom layan drama Korea, konfem berbunga-bunga hati tu! :P