15 September 2014

MH198 berpatah balik masalah teknikal, bukan sabotaj


KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH198 yang berpatah balik ke Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan ke India telah berlepas semula ke Hyderabad pada pukul 12.32 tengah hari ini.

Seorang petugas MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memberitahu, sebanyak 129 penumpang telah menaiki pesawat dengan nombor penerbangan baharu iaitu MH198D ke Hyderabad.


Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kejadian itu disebabkan masalah pada sistem kawalan penerbangan automatik pesawat tersebut.

Beliau berkata, kerosakan itu tidak memberi kesan kepada pesawat atau penumpang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga kapten penerbangan mengambil keputusan untuk berpatah balik.

"Dakwaan yang mengatakan pesawat itu terbakar tidak berasas. Ia hanya melibatkan masalah pada sistem 'auto-pilot'. Perjalanan jauh seperti ke Hyderabad memerlukan sistem itu berbanding perjalanan jarak dekat," katanya selepas merasmikan Konvensyen MCA Selangor di sini hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman turut menafikan wujud unsur sabotaj dalam kejadian tersebut tetapi memberitahu bahawa keadaan itu disebabkan masalah teknikal.

"Tidak ada (sabotaj), apa yang berlaku adalah masalah teknikal semata-mata dan MAS sendiri telah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

MAS dalam kenyataannya turut menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial kononnya pesawat MH198 berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas berlaku kebakaran.

Pesawat MH198 berlepas dari KLIA pada pukul 10.20 malam semalam tetapi berpatah balik dan mendarat secara selamat di lapangan terbang sama pada pukul 2.01 pagi hari ini.

Semua penumpang telah ditempatkan di hotel berhampiran KLIA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140915/dn_12/MH198-berpatah-balik-masalah-teknikal-bukan-sabotaj#ixzz3DMhX6g00
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Komen kalau korang manusia!

What Anxiety Has Done To Me..

Hi everyone.. everybody.. oppa omma babuji.. unnie.. tomodachi to kanojo.. Assalamualaikum semua. Photo courtesy by Carolyn Rogers An...