27 February 2016

Sayangilah Ibu-bapa, Doakanlah Mereka,

Setiap anak yang lahir pasti mempunyai ibu-bapa..

Buat kawan-kawan yang masih mempunyai ibu-bapa, cuba kita renungkan balik, apakah sumbangan dan pengorbanan yang kita dah buat untuk ibu-bapa?

Mak, adik, aku.. Ayah mesti yang amek gambar ni.. 
Mesti takde.. Takde apa yang kita buat mampu menandingi pengorbanan dan kesusahan kedua ibu-bapa kita melahirkan dan membesarkan kita.

Aku berumur 25 tahun, dan beberapa minggu lalu mak aku Whatsapp dia cakap dia rindu dekat anak-anak dia. Ye laa, aku dua beradik je, aku kerja kat Sg. Buloh, adik aku pulak masih belajar di Melaka. So yang tinggal dekat rumah Johor ni cuma mak ayah aku berdua je laa.

Bila mak aku cakap dia rindukan anak dia, berderai-derai air mata aku jatuh. Memang selama ni aku mana ada menyenangkan mak ayah aku. Selalu menyusahkan adalah. Apa yang aku boleh buat untuk dorang? Aku cuba yang terbaik untuk jaga hati mereka, mendoakan kesejahteraan mereka, dan berdoa meminta Allah agar membahagiakan mereka selalu.

Korang pulak macam mana? Boleh share apa yang korang buat untuk bahagiakan kedua ibu-bapa dorang? Aku InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, bonus lebih bolehlah belanja dorang apa yang dorang nak. Sofa baru ke gi umrah ke, asalkan mereka gembira selalu. hehehe.

Lepas solat selalu amalkan doa ini:

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Untuk bacaan lanjut, bolehlah pergi ke http://umiesyarah.blogspot.my/2011/05/doa-untuk-ibu-bapa-sayanglah-mereka.html Banyak ilmu menarik tentang ibu-bapa di dalam entri tersebut.

No comments:

Post a Comment

Komen kalau korang manusia!

What Anxiety Has Done To Me..

Hi everyone.. everybody.. oppa omma babuji.. unnie.. tomodachi to kanojo.. Assalamualaikum semua. Photo courtesy by Carolyn Rogers An...