02 January 2017

Asal Usul Nama Syafiq K

Hai semua.

Dah lama tak update. Nak ikutkan banyak je benda boleh diceritakan, tapi aku sudah kehilangan skill menulis.. asik buat 3D je.. kihkih. Engineer kan, mestilah tough.

Kali ni, biarlah aku ceritakan mana aku dapat nickname SyafiqK ni. SyafiqK stands for Syafiq Kamaruddin. Kenapa tak panggil Syafiq je? Kenapa nak kena ada K dekat belakang tu?

Tahun 2006, aku masuk ke sekolah berasrama penuh dekat Johor. Waktu tu aku berada di tingkatan 4. Oleh kerana dalam kelas aku je dah ada banyak manusia bernama Syafiq, maka aku pun diberikan nama Syafiq K. Dalam kelas aku ada tiga orang Syafiq termasuk aku. Sorang nama dia Syafiq bin Mahadi. Orang panggil dia Syapong, sebab bila dia berlari dia seakan-akan terapung. Sorang lagi nama dia Syafiq bin Ramli, sebab dia gemok, orang panggil dia Syamok. Hehehehe. Macam-macam kan??

Time tu kalau korang nak tau tengah hangat isu Dato' K yang berkahwin dengan Siti Nurhaliza.. haa sebab Dato' K tu tengah trending, maka dorang pun panggil aku Syafiq K. Boleh laa, orang kata nama tu pun sedap jugak didengar dan disebut. Tapi nama tu cuma dipakai oleh kawan-kawan dekat SBP tu je la, dekat tempat lain orang panggil nickname lain.

Okay then, see ya later.

2 comments:

Komen kalau korang manusia!

What Anxiety Has Done To Me..

Hi everyone.. everybody.. oppa omma babuji.. unnie.. tomodachi to kanojo.. Assalamualaikum semua. Photo courtesy by Carolyn Rogers An...