14 February 2017

Kerja Kilang, Apa Pandangan Korang?

Hi!

Kerja kilang, apa pandangan korang?


Waktu aku belajar dekat UTM dulu, tak pernah terlintas langsung kat dalam otak aku untuk kerja kilang. Tapi di mana aku sekarang? Aku kerja di kilang, dan sangat menyeronokkan. Hewhewhew.

Kerja pertama aku adalah sebagai seorang konsultan DOSH. Konsultan, sebagai kerja pertama bagi aku adalah membosankan. Mana taknya, kena buat dokumen, buat report, kena followup dengan DOSH, tiap pagi kena call DOSH. Bosan ooo bosan. Tapi kadang-kadang ada juga pergi site, tu memang tak bosan sebab dapat tengok benda baru. Kerja memang duduk office. Pakai smart-smart. Pergi mana-mana pun tak kesah. Dulu lepas balik kerja selalu dating.. ok la cerita pasal first job ni buat post lain lah. Aku nak cerita pasal kerja kilang.

Satu hari, aku decide untuk berhenti kerja consultant tu. Dipendekkan cerita, aku dapat tawaran kerja di sebuah syarikat terkemuka. Syarikat no.1 kat dunia. Syarikat apa? Rahsia.. kat Malaysia pun popular jugak. Kat hiway atau mana-mana mesti berlambak iklan aircond ;P

Ok, aku bukan nak cerita pasal ni. Aku nak cerita pasal pekerjaan di kilang. Masa aku dapat tawaran kerja ni, aku tengok website dia. Aku cuba faham, syarikat apa ni? Aku nampak gambar orang pakai uniform berwarna biru. I was like, "emm really?". Betul ke aku nak kerja kilang? Kilang apa pun aku taktau sebenarnya waktu tu.

Aku dapat tawaran kerja R&D. So since aku minat merekacipta, buat benda baru, aku pun accept laa offer tersebut. Pergi interview dua kali. Dan akhirnya aku pun masuk laa kerja dalam kilang ni.

Kerja kilang teruk? Kerja kilang nampak macam selekeh? Kerja kilang tak masyuk? Haaa korang silap. Mungkin itulah pandangan budak-budak baru nak kenal dunia macam aku dulu. Ada orang tak kesah, asal dapat duit. Ada orang nak kerja kat tempat yang terkenal. Aku dulu seriously taktau kilang tu buat apa. Brand tu pun aku tak pernah dengar. Hahahaha.

Jadi sekarang aku dah tiga tahun berkerja kat sini. Best? Alhamdulillah, best dan seronok. Fit dengan kemahuan aku. Dari kecil aku suka reka-cipta. Design benda. Buat benda. Tapi aku tak pernah dapat peluang untuk merekacipta. Sekarang kemahuan aku tercapai. Kelakar kan? Hahaha,
#iklanbukutengahkecoh

Gambar sekadar hiasan gempak
Makan kat kilang murah. Kawan-kawan pun best. Awek? emm susah nak jumpa gadis-gadis sini. Kalau ada yang aku suka pun dah kawen, atau dah berpunya. Hampehh. Takpe lah biar aku membujang.

Melampau laa kalau kilang ada chicken chop ni ;P
So... kerja kilang, apa pandangan korang? Aku bahagia dekat kilang sekarang ni. xD


No comments:

Post a Comment

Komen kalau korang manusia!

What Anxiety Has Done To Me..

Hi everyone.. everybody.. oppa omma babuji.. unnie.. tomodachi to kanojo.. Assalamualaikum semua. Photo courtesy by Carolyn Rogers An...