17 October 2017

What Anxiety Has Done To Me..

Hi everyone.. everybody.. oppa omma babuji.. unnie.. tomodachi to kanojo..
Assalamualaikum semua.

Photo courtesy by Carolyn Rogers
Anxiety disorder.. heard before? or seen anywhere? Yeah, aku selalu nampak perkataan 'anxiety' ni bila aku 'Google' tentang ubat. This medicine may cause drowsiness, anxiety.. aku tak pernah fikir atau tahu apakah itu anxiety, sampailah satu hari tu aku kena anxiety attack, or panic attack aku pun tak pasti. Nak aku cerita first time aku kena panic attack? Ok nanti aku cerita. Topik kali ini aku nak cerita tentang apa yang anxiety ni dah buat terhadap hidup aku.

1. Hidup berubah 360°. Dari seorang yang berani menjadi seorang penakut. Seorang yang kental menjadi seorang yang lemah. Walaupun aku cuba melawan, tetap tak berjaya sebab yang take over diri kau bukan lagi kau, tapi minda kau yang negatif.

2. From taken jadi single. Walaupun nampak macam sedih kan, aku bersyukur sebenarnya. Alhamdulillah dia pilih untuk pergi tinggalkan aku, at least beban aku ringan sikit dan tenang no stress..... tapi..

3. Sampai sekarang masih single. No girlfriend, no scandal, and no wife la of course. Bukan takde nafsu, atau terlalu memilih.. hmm macam ganas bunyi, tapi.. aku takut pasangan aku takkan bahagia. Hidup aku sangat terhad. Limited. Mood aku tak tentu. Kejap ok kejap tak. Hari ni happy relax tapi esok sial gila la aku cakap. hahaha.

4. Kurang drive. Dulu aku sanggup drive dari Sg. Buloh ke Seremban sebab nak jumpa awek. Tak kisah la ngantuk ke tak ngantuk ke aku berani je drive. Kadang-kadang balik ke JB lepas kerja terus shoot naik kereta. Kalau mengantuk kita drive la laju-laju ke main high beam ke cucuk cucuk ke heheh hilang mengantuk. Aku pernah sekali tu memang rasa mengantuk gila baru lepas rafting, aku hantar member balik kat Sunway, pastu aku pergi Damansara ajak awek dating.. memang tengah ngantuk gila tu tapi aku bantai je.. kuat la katakan.. Tapi sekarang, kalau aku nak drive aku akan tengok mood. Alhamdulillah masih mampu untuk pergi ke tempat kerja. Huhu. Aku drive pun cuma kawasan yang dekat-dekat je. Kalau perlu sangat aku akan pergi, kalau tak memang malas ah. Hahaha.

5. Cuba untuk mendekatkan diri kepada Allah dan agama. Ini the positive thing la.. sebab bila kena anxiety ni, kau rasa yang kau akan mati, something is wrong with yourself. Masa first time aku kena panic attack pun aku ingat aku akan mati.. dalam hati aku, "Ya Allah, ini ke pengakhirannya?" sambil tunggu untuk pengsan tapi tak pengsan pun.. hehehe.

6. Terlalu sensitif. Ya, aku sangat sensitif. Asal rasa tak sihat je jumpa doktor. Sakit sana sakit sini. Sakit dada la, pening kepala la.. Tapi bila buat pemeriksaan semuanya OK. Tapi kau rasa diri kau tak ok, dan kau akan selalu pergi klinik. Nasib baik la klinik kesihatan dekat je, boleh laa lepas kerja aku singgah kejap kalau betul-betul rasa down.

7. Sunyi. Yes, exactly. Bila kau ada penyakit ni, semuanya terhad. Nak keluar pun ikut mood. Nak cari girlfriend pun malas. Rasa nak kawen tu ada, tapi kadang-kadang aku fikir siapa je yang sanggup tahan hidup dengan aku? hahaha. Aku kejap mood nak kawen ada kejap takde. Malas ahh.

8. Less active. Bukan apa, kadang-kadang nak jadi aktif tapi psikologi ni macam psiko tau. Apa masalah dia entah tak bagi nak aktif. Aku ikut mood minda aku la, kalau dia ok, satu kilang aku boleh pusing. Tapi sekarang aku banyak relax, rehat, malas, takde mood. So berat pun naik. hahaha

9. Kurang hensem. So bila da berat naik ni, aku pun jadi laa makin tak hensem. huhuhu. Susah weh, perut aku ni da la senang berangin, tak makan kang mula la buat hal. Makan sikit tak boleh, makan banyak pun tak boleh. Ahhh stress!

10. Mengenali diri. Aku semakin lama semakin kenal diri aku. Semakin sayang. Aku dah tak boleh paksa diri aku macam dulu. Aku kena tau limit aku. Tak boleh nak terlalu pussy. Sorry pushy. Kena tau apa yang aku boleh makan, tak boleh makan.. tapi aku bedal je semua.. huhuhu.

Ok la, itu saja topik untuk hari ini. Kalau nak cerita, memang banyak. Hmm next appointment aku dengan doktor pun entah bila aku da lupa. Hahaha.

So guys, readers, doakan aku akan kembali sihat seperti biasa. Aku pun rasa makin lama aku makin OK, makin sihat.. semoga akan sihat 100%.

Next aku akan cerita tentang pengalaman pertama aku kena anxiety ni. Memang binawei. Okbai!

No comments:

Post a Comment

Komen kalau korang manusia!

What Anxiety Has Done To Me..

Hi everyone.. everybody.. oppa omma babuji.. unnie.. tomodachi to kanojo.. Assalamualaikum semua. Photo courtesy by Carolyn Rogers An...